(Qantas QF144 membuat pendaratan cemas akibat kegagalan enjin pada 18 Januari 2023/
Reuters)
SYDNEY, 18 Januari- Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Australia, Qantas dari Auckland, New Zealand membuat pendaratan cemas di Sydney, Australia akibat kegagalan enjin, hari ini.
Qantas memaklumkan penerbangan QF144 itu membawa kira-kira 145 penumpang.
Difahamkan, pesawat jenis Boeing 737 itu berlepas dari Auckland lewat sejam kira-kira pukul 2.30 petang (11.30 pagi waktu tempatan) dan mendarat dengan bantuan satu enjin.
Data radar penerbangan menunjukkan pesawat kehilangan keupayaan mengawal ketinggian dan kelajuan semasa di udara.
Qantas disenaraikan antara syarikat penerbangan paling selamat di dunia dan tidak pernah terlibat dalam kemalangan maut selama lebih 70 tahun. -AFP
(Qantas QF144/Reuters)