(Denys Monastyrsky antara 16 yang terbunuh dalam nahas helikopter di Brovary
pada 18 Januari 2023/AFP)
BROVARY, 18 Januari- Sekurang-kurangnya 16 orang termasuk dua kanak-kanak dan menteri dalam negeri Ukraine terbunuh apabila sebuah helikopter terhempas berhampiran sebuah tadika di luar ibu kota Kyiv, di sini, hari ini.
“Secara keseluruhan, 16 orang kini diketahui telah meninggal dunia.
"22 orang cedera termasuk 10 kanak-kanak. Kesemua mereka sedang dirawat di hospital,” kata Ketua Polis Ukraine, Igor Klymenko.
Klymenko berkata, pesawat berkenaan terhempas ketika tadika tersebut dipenuhi kanak-kanak dan pekerja.
"Punca nahas belum diketahui.
"Ia turut mengorbankan beberapa orang pegawai tertinggi kementerian dalam negeri termasuk Menteri Dalam Negeri, Denys Monastyrsky," katanya. -AFP
(Tentera dan orang ramai berkumpul di lokasi helikopter terhempas berhampiran tadika
di Brovary, Ukraine pada 18 Januari 2023, di tengah-tengah
pencerobohan Rusia ke atas Ukraine/AFP)