(Foto hiasan)
KUALA LUMPUR, 18 Januari- Gempa bumi kuat dengan magnitud 7.0 yang melanda Utara Laut Maluku, Indonesia mencetuskan amaran tsunami pada pukul 2.06 petang tadi.
Namun, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan, amaran terbabit ditarik balik tidak lama kemudian.
Gegaran itu berlaku pada kedudukan 150kilometer (km) barat laut Pulau Halmahera di timur Indonesia dengan kedalaman 48 kilometer.
Setakat ini, tiada laporan kemalangan jiwa atau kerosakan besar diterima pihak berkuasa negara itu.
Bagaimanapun, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia mengeluarkan amaran berjaga-jaga di kawasan berkenaan berikutan masih ada potensi gegaran susulan.
"Lima gegaran dirasai selepas gempa kuat berkenaan dengan yang terbesar bermagnitud 5.3," jelas Ketua Pusat Gempa dan Tsunami BMKG, Daryono. -AFP
(Foto Twitter @metmalaysia)