KAZAKHSTAN, 24 Januari - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam kejadian gempa bumi pada skala 7.0 di Sempadan China-Kyrgzstan pada awal Selasa.
Pusat gempa dikesan selepas 2 pagi waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia) pada kedalaman 13 kilometer di Wilayah Xinjiang, kira-kira 140 kilometer (85 batu) barat bandar Aksu.
Kira-kira 800 orang dikerahkan bersiap siaga untuk sebarang misi bantuan bencana besar.
Sementara itu, menurut stesesen penyiaran China, CCTV gempa bumi itu menyebabkan tiga kematian manakala lima yang lain mengalami kecederaan.
Tambah CCTV seramai 12, 426 orang di kawasan terjejas gempa bumi telah dipindahkan sementara usaha bantuan dan menyelamatkan sedang giat diteruskan.
Kementerian kesihatan di Kazakhstan berkata, sebelum ini 44 orang yang cedera telah mendapatkan bantuan perubatan di Almaty, yang merupakan bandar terbesar di negara itu.
Menurut Weibo, media kerajaan Xinjiang, di Daerah Akqi, China, pula enam orang dilaporkan mengalami kecederaan - dua daripadanya cedera tahap serius.
Sebanyak 47 bangunan di daerah itu runtuh, manakala 78 lagi rosak.
Dua rumah kediaman dan bangsal ternakan runtuh di kawasan berhampiran pusat gempa.
Manakala bekalan elektrik terputus buat sementara waktu.
Saluran televisyen tempatan CCTV turut menunjukkan anggota bomba memasuki bangunan yang rosak akibat gempa bumi dan polis membantu penduduk tempatan yang cedera.
Saluran televisyen tempatan di ibu negara India, New Delhi melaporkan gegaran kuat di bandar itu, kira-kira 1,400 kilometer dari sini.
Dan pada pagi Selasa agensi seismologi Kazakh melaporkan dua gegaran baru magnitud 5.2 dan 5.3 sekitar 10:00 pagi waktu tempatan turut dirasai di kawasan yang sama.
Gegaran dirasai di Almaty, di mana sekolah ditutup, menurut seorang wartawan AFP.
Gempa bumi berlaku sehari selepas tanah runtuh membunuh sekurang-kurangnya 31 orang.
Gempa bumi pada Disember di barat laut negara itu membunuh 148 orang dan menyebabkan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal di wilayah Gansu.
Gempa bumi itu merupakan yang paling dahsyat di China sejak 2014, apabila lebih 600 orang terbunuh di barat daya wilayah Yunnan. - AFP