
TORONTO, 2 Jun – Menjelang kejohanan Piala Dunia yang bakal membuka tirai kurang dua minggu lagi, polis Toronto merampas barangan bola sepak tiruan bernilai lebih C$3.5 juta (kira-kira RM11 juta) dalam serbuan di sebuah gudang di Mississauga.
- Rampasan itu merupakan sitaan terbesar barangan bola sepak tiruan dalam sejarah Kanada.
- Lebih 16,000 jersi dan bendera tiruan dengan logo palsu FIFA, Nike, Adidas dan Puma ditemui.
- Dua trofi Piala Dunia tiruan turut dirampas.
- Dua lelaki ditahan dan didakwa berhubung pengedaran barangan palsu.
Rampasan itu merupakan sitaan terbesar barangan bola sepak tiruan dalam sejarah Kanada.
Antara yang dirampas ialah lebih 16,000 jersi dan bendera tiruan menggunakan logo palsu FIFA, Nike, Adidas dan Puma, selain dua trofi Piala Dunia tiruan.
Keseluruhan rampasan dianggarkan mempunyai nilai pasaran sebanyak C$3.564 juta (kira-kira RM11.2 juta).
Dua lelaki turut ditahan dan didakwa berhubung kegiatan pengedaran barangan palsu itu.
Siasatan bermula selepas Unit Siasatan Perancangan FIFA Polis Toronto menerima aduan pada Mei lalu berkaitan kegiatan membekalkan barangan tiruan kepada premis peruncitan.
Toronto dijangka menerima lebih 300,000 pengunjung sepanjang kejohanan Piala Dunia dengan enam perlawanan dijadual berlangsung di bandar itu, termasuk aksi pembukaan Kanada menentang Bosnia dan Herzegovina pada 12 Jun ini. – REUTERS