FOTO AFP
NEW DELHI, 17 Februari- 13 wanita dan kanak-kanak perempuan maut selepas terjatuh ke dalam perigi ketika majlis perkahwinan di utara India.
Mangsa ketika itu sedang duduk di atas kepingan besi yang menutupi perigi tersebut apabila ia tiba-tiba runtuh, menurut Pegawai Kanan Polis Akhil Kumar.
Majistret daerah S. Rajalingam berkata perigi itu sudah usang dan tidak mampu memikul berat mereka yang duduk di atas penutup tersebut.
“Mangsa jatuh dan terhimpit sesama sendiri,” katanya.
Dalam kejadian tersebut, sekumpulan wanita dan kanak-kanak berkumpul untuk mengambil bahagian dalam upacara perkahwinan di kampung mereka.
Perdana Menteri Narendra Modi berkata kemalangan itu adalah insiden yang sangat menyayat hati.
"Pentadbiran tempatan terlibat dalam semua bentuk bantuan," katanya dalam Twitter.
Perkahwinan di India biasanya merupakan majlis besar dengan tetamu yang ramai serta upacara mewah berlangsung selama beberapa hari.
Pada 2017, 24 orang yang meraikan majlis perkahwinan terbunuh di negeri barat laut Rajasthan apabila tembok runtuh menimpa mereka semasa ribut.- AFP