fb fb fb fb fb

10 maut akibat tanah runtuh

Foto AFP

BOGOTA, 25 Jun - Tanah runtuh akibat hujan lebat mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan lapan yang lain berhampiran bandar Medellin, Colombia.

Gabenor Antioquia Andres Julian Rendon memberi amaran kepada penduduk tempatan untuk berpindah kerana masih terdedah kepada tanah runtuh.

"Sekurang-kurangnya 15 orang masih hilang selepas tragedi itu yang berpunca daripada banjir di dalam gaung," menurut laporan media.

Imej yang dikongsi oleh media tempatan menunjukkan rumah tertimbus di bawah tanah di lereng gunung yang bersempadan dengan bandar kedua terbesar di Colombia.

Antioquia, yang terletak di barat Colombia Andes sering terjejas oleh tanah runtuh semasa musim hujan.

Sekurang-kurangnya lima orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di pinggir bandar Medellin, Sabaneta, bulan lalu.

NORAINI BINTI WAHIB