Tiket MADANI F1 habis terjual

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari – Foto RTM

TEMERLOH, 17 Ogos – Tiket MADANI berharga serendah RM200 bagi perlumbaan Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober ini, telah habis terjual.

RINGKASAN BERITA AI
  • SIC memaklum tiket mendapat permintaan tinggi selepas sistem jualan dibuka kepada awam.
  • Pengumuman dibuat selepas majlis penutup iDEA'26 dan jelajah TVET di Dewan Tun Razak, Temerloh.
  • iDEA'26 bukan sekadar pertandingan; ia platform kembangkan idea, kreativiti dan kepakaran pelajar TVET untuk dikomersialkan.
  • KBS memperkukuh agenda TVET melalui 12 MoU antara ILKBS dan rakan industri, membuka lebih banyak ruang pekerjaan untuk belia.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, SIC memaklumkan tiket berkenaan mendapat permintaan yang tinggi oleh rakyat Malaysia selepas sistem jualan dibuka kepada awam.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Program Innovation Development Through Educational Activities (iDEA’26) dan jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Institusi Latihan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) Zon Timur 2026 di Dewan Tun Razak, Temerloh, Pahang.

Sementara itu, Dr Mohammed Taufiq memaklumkan, iDEA’26 bukan sekadar platform pertandingan inovasi, sebaliknya menjadi medan untuk mengembangkan idea, kreativiti dan kepakaran pelajar TVET agar berpotensi dikomersialkan di pasaran tempatan, ASEAN dan antarabangsa.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut memperkukuh agenda TVET negara, menerusi 12 memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara institusi latihan kemahiran dan rakan strategik industri, bagi membuka lebih banyak ruang pekerjaan kepada golongan muda.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.