
LOS ANGELES, 10 JUN – Semua tiket yang diperuntukkan untuk penyokong bola sepak Iran di pentas Piala Dunia 2026 telah ditarik balik.
- Persekutuan Bola Sepak Iran menyifatkan larangan hadir penyokong sebagai bertentangan dengan semangat kesukanan.
- Pasukan Iran perlu terbang ke Los Angeles sehari sebelum perlawanan menentang New Zealand.
- Iran berkampung di Tijuana, Mexico selepas dilarang menetap di Amerika Syarikat susulan konflik di Asia Barat.
Perkembangan tersebut disahkan Persekutuan Bola Sepak Iran menjelang perlawanan pertama kumpulan G menentang New Zealand Selasa depan di sini.
“Kami telah memulakan proses penjualan tiket untuk perlawanan itu, namun ia kini telah disekat dan para penyokong Iran tidak boleh hadir memberi sokongan.
“Merampas akses penyokong Iran untuk memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan adalah tindakan yang bertentangan dengan semangat kesukanan,” kata badan induk bola sepak Iran itu dalam kenyataan.
Sementara itu, pasukan Iran mengesahkan terpaksa terbang ke Los Angeles sehari sebelum perlawanan menentang New Zealand bermula.
Ini berikutan Iran terpaksa berkampung di Tijuana, Mexico selepas dilarang menetap di Amerika Syarikat susulan konflik yang tercetus di Asia Barat. – Reuters