Terengganu tambah koleksi emas sepak takraw beregu lelaki

BANGI, 20 September – Misi menambah koleksi pingat emas kedua sepak takraw pula berjaya diterjemahkan kontinjen Terengganu menerusi acara beregu lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) 2022 dengan menewaskan Perlis 2-1 pada aksi final hari ini.

Pada perlawanan yang berlangsung Dewan Seri Sarjana Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Terengganu bermula garang dengan menang 21-14 di set pertama.

Perlis bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan 21-18 di set kedua, sekali gus memaksa perlawanan ditentukan ke set ketiga.

Dalam set penentuan itu, Terengganu kembali mendominasi permainan dengan lebih kemas, sekali gus menang 21-16 untuk membawa pulang pingat emas.

Ini merupakan pingat emas kedua Terengganu dalam sukan sepak takraw selepas mereka sebelum ini menang dalam acara berpasukan lelaki pada Ahad lepas.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.