
MELBOURNE, 19 Januari – Juara enam kali Grand Slam, Iga Swiatek, memulakan aksi Terbuka Australia dengan kemenangan 7-6(5), 6-3 ke atas pemain China, Yuan Yue, pada Isnin di Rod Laver Arena.
- Swiatek menang 7-6(5), 6-3 ke atas Yuan Yue di Rod Laver Arena.
- Servis Swiatek dipatahkan tiga kali, menunjukkan permulaan yang goyah.
- Backhand Swiatek menentukan tie-break set pertama, menafikan usaha Yue.
- Yue alami kekejangan otot pada set kedua; Swiatek mendahului 3-0 dan mara ke pusingan kedua.
Pemain Poland itu berdepan kesukaran apabila servisnya dipatahkan sebanyak tiga kali oleh Yue.
Bintang China itu menampilkan permainan mantap meskipun berada di ranking ke-130 dunia.
“Saya agak kaku pada permulaan, tidak memulakan perlawanan dengan baik.
“Tetapi saya tahu jika saya bekerja keras, permainan akan jadi lebih baik. Jadi itulah yang saya cuba lakukan. Saya gembira ia berhasil, meskipun masih terdapat perkara perlu diperbaiki,” kata Swiatek selepas perlawanan.
Nasib ternyata menyebelahi Swiatek apabila pukulan ‘backhand’ yang dimilikinya berjaya menafikan usaha Yue bagi memenangi menerusi tie- break pada set pertama 7-6(5).
Pada set kedua, Swiatek mempamerkan kemampuannya bagi mendahului 3-0 sebelum Yue meminta bantuan perubatan selepas mengalami kekejangan otot.
Tindakan berkenaan menyebabkan perlawanan terhenti seketika.
Swiatek berjaya memenangi permainan set kedua dengan mata 6-3 sekali gus membolehkannyamara ke pusingan kedua kejohanan. – REUTERS