Terbuka Australia: Wawarinka, Cilic lepasi pusingan pertama

Bintang tenis Switzerland, Stan Wawarinka/REUTERS

MELBOURNE, 19 Januari – Bekas juara Terbuka Australia dan pemenang tiga gelaran Grand Slam, Stan Wawarinka membuktikan kehebatannya selepas menewaskan pemain Serbia, Laslo Djere, 5-7, 6-3, 6-4, 7-6(4), pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Stan Wawarinka, bekas juara Terbuka Australia, menang dalam pusingan pertama menentang Laslo Djere.
  • Wawarinka bangkit selepas tewas set pertama dan memenangi tiga set berikutnya.
  • Pemain Switzerland itu diberikan wildcard dan mengumumkan 2026 sebagai musim terakhirnya.
  • Marin Cilic juga mara selepas menewaskan Daniel Altmaier secara meyakinkan.

Pemain berusia 40 tahun itu yang diberikan wildcard membuat kemunculan di Melbourne Park selepas mengumumkan 2026 sebagai musim terakhirnya.

Pada perlawanan tersebut Wawarinka tewas pada set pertama 5-7, sebelum bangkit menodminasi tiga set berikutnya.

Pemain Switzerland itu akan berdepan sama ada Jiri Lehecka atau Arthur Gea pada pusingan kedua.

Sementara itu, bekas finalis Terbuka Australia, Marin Cilic, turut mencuri tumpuan apabila menewaskan pemain Jerman, Daniel Altmaier, 6-0, 6-0, 7-6(3). – REUTERS