Selangor buka kempen Liga Super raih tiga mata

Foto KELANTAN RED WARRIOR FC

KOTA BHARU, 23 Ogos – Selangor FC menundukkan Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jurang pengalaman dan kualiti memihak Selangor, mereka menguasai permainan sejak wisel permulaan.
  • Chigor Moraes membuka jaringan pada minit ke-17 dan menambah gol kedua pada minit ke-75.
  • Faisal Halim menggandakan kelebihan pada minit ke-27 dan menambah jaringan awal babak kedua.
  • KRW FC cuba memberi tekanan, Philip Dandada Musa berjaya menjaringkan gol pada minit ke-60.

Jurang pengalaman dan kualiti jelas memihak skuad kendalian Kim Pan-gon yang menguasai permainan sejak wisel permulaan, sekali gus memaksa tuan rumah lebih banyak bertahan dan mengharapkan serangan balas.

Gergasi Merah membuka jaringan menerusi tandukan Chigor Moraes pada minit ke-17 sebelum Faisal Halim menggandakan kelebihan pada minit ke-27.

KRW FC cuba memberi tekanan dan hampir menyamakan kedudukan lebih awal menerusi sepakan percuma Emmanuel Mbarga, namun percubaannya sedikit melewati palang.

Memasuki babak kedua, Selangor hanya memerlukan 4 minit untuk menambah jaringan apabila Faisal sekali lagi menemui sasaran bagi meletakkan pelawat selesa 3-0.

Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim tidak mengalah dan berjaya memperoleh gol menerusi Philip Dandada Musa pada minit ke-60.

Namun, kebangkitan itu tidak bertahan lama apabila Moraes meledak gol keduanya pada minit ke-75, sekali gus melengkapkan kemenangan bergaya Selangor FC 4-1.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.