
MADRID, 28 April – Pemain nombor satu dunia Aryna Sabalenka bangkit daripada ketinggalan set untuk menewaskan Naomi Osaka 6-7 (1/7), 6-3, 6-2, sekali gus melangkah ke suku akhir Madrid Open.
- Sabalenka kekal berprestasi hebat tahun ini dengan tiga gelaran: Miami, Indian Wells dan Brisbane.
- Coco Gauff pilihan ketiga tersingkir, tewas kepada Linda Noskova dalam pertembungan tiga set sengit.
- Alexander Zverev pilihan kedua mara ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Terence Atmane dalam straight set.
- Pemain muda Belgium Alexander Blockx mencipta kejutan dengan menundukkan pemain nombor lima dunia, Felix Auger-Aliassime.
Sabalenka, dengan tiga gelaran kejohanan di Miami, Indian Wells dan Brisbane tahun ini, dipaksa bekerja keras sebelum kembali menguasai permainan selepas tewas set pertama dalam tie-break.
“Saya gembira kerana tidak berputus asa dan terus berjuang hingga mata terakhir,” katanya.
Dalam perlawanan lain, pilihan ketiga Coco Gauff tersingkir selepas tewas kepada Linda Noskova dalam pertarungan tiga set ditentukan menerusi tie-break set penentuan.
Dalam saingan lelaki, pilihan kedua Alexander Zverev melangkah ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Terence Atmane straight set, manakala pemain muda Belgium, Alexander Blockx mencipta kejutan menewaskan pemain nombor lima dunia Felix Auger-Aliassime.
Turut mara ke pusingan seterusnya ialah Daniil Medvedev, Casper Ruud dan Stefanos Tsitsipas.-AFP