PM ucap tahniah Azizulhasni, tamat penantian 16 tahun juara Komanwel

Foto Platform X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang atas kejayaan bersejarah merangkul pingat emas acara keirin lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menamatkan penantian 16 tahun untuk bergelar juara Sukan Komanwel acara keirin.
  • Anwar memuji kesungguhan, ketabahan dan semangat juang Azizulhasni yang tidak pernah luntur.
  • Kejayaan mengharumkan nama Malaysia, memberi inspirasi rakyat serta menambah koleksi pencapaian berprestij.

Menerusi hantaran di aplikasi X, Datuk Seri Anwar berkata kejayaan The Pocket Rocketman itu menamatkan penantian selama 16 tahun untuk bergelar juara Sukan Komanwel dalam acara berkenaan.

Beliau menyifatkan pencapaian tersebut sebagai hasil kesungguhan, ketabahan serta semangat juang tinggi yang tidak pernah luntur daripada atlet berusia 38 tahun itu.

Menurut Perdana Menteri, kejayaan Azizulhasni bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa, malah turut menyuntik inspirasi kepada seluruh rakyat.

“Setinggi-tinggi tahniah Datuk Mohd Azizulhasni Awang atas kejayaan bersejarah menamatkan penantian selama 16 tahun untuk bergelar juara Sukan Komanwel menerusi acara keirin lelaki,” katanya.

Kejayaan itu menambah koleksi pencapaian gemilang Azizulhasni yang sebelum ini mencipta nama sebagai antara pelumba keirin terbaik dunia, termasuk bergelar juara dunia pada 2017 serta memenangi pingat Olimpik Tokyo 2020.

Datuk Mohd Azizulhasni Awang sebelum ini turut menerima pelbagai pengiktirafan hasil sumbangan besar beliau kepada sukan negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.