Piala Dunia: Penyokong Korea Selatan-Czech banjiri stadium

Foto REUTERS

ZAPOPAN, 12 Jun – Ribuan peminat bola sepak mula membanjiri Stadium Guadalajara di sini seawal pagi bagi menyaksikan perlawanan kedua Piala Dunia membabitkan Korea Selatan menentang Republik Czech dalam aksi Kumpulan A.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyokong memakai jersi Mexico sebagai tanda sokongan kepada tuan rumah yang sebelumnya menang 2-0 ke atas Afrika Selatan.
  • Korea Selatan menampilkan kapten Son Heung-min; jurulatih Hong Myung-bo percaya dia boleh cipta kelebihan awal.
  • Republik Czech mengejutkan dengan menurunkan pemain muda Alexandr Sojka walaupun kurang pengalaman antarabangsa.
  • Piala Dunia membuka tirai di Stadium Azteca, Mexico City, dengan aksi awal menarik perhatian peminat bola sepak global.

Kehadiran penyokong jelas menceriakan suasana manakala sebahagian penyokong dilihat mengenakan jersi Mexico sebagai tanda sokongan kepada tuan rumah yang sebelum itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Afrika Selatan di Mexico City.

Perlawanan tersebut dijangka sengit apabila Korea Selatan mempertaruhkan kapten sensasi, Son Heung-min, untuk mengetuai jentera serangan pasukan.

Ketua jurulatihnya, Hong Myung-bo, menaruh kepercayaan penuh kepada pemain berpengalaman itu bagi mencipta kelebihan awal dalam saingan peringkat kumpulan.

Sementara itu, Republik Czech membuat kejutan apabila menurunkan pemain muda, Alexandr Sojka, di bahagian tengah meskipun kurang pengalaman di pentas antarabangsa.

Kejohanan Piala Dunia edisi kali ini membuka tirai di Stadium Azteca, Mexico City, dengan aksi-aksi awal sudah mula menarik perhatian peminat bola sepak global. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.