Pemilihan atlet memanah Sukan Asia 2026 belum dimuktamadkan

Gambar hiasan.

SHAH ALAM, 30 April – Pemilihan atlet memanah kebangsaan ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 masih belum dimuktamadkan, dengan penilaian prestasi semasa menjadi keutamaan sebelum keputusan akhir dibuat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Skuad dijangka melibatkan enam hingga lapan atlet dalam kategori barebow, recurve dan compound bagi lelaki serta wanita.
  • Minimum tiga lelaki dan tiga wanita; maksimum empat lelaki dan empat wanita, bergantung kepada Jawatankuasa Pemilihan.
  • Konsistensi prestasi dan pencapaian skor ditetapkan sebagai kriteria utama pemilihan atlet.
  • Latihan pusat akan dilaksanakan sebaik senarai akhir dimuktamadkan untuk memperkukuh prestasi dan keserasian pasukan.

Jurulatih barebow negara, Shahidallah Jahaya berkata, barisan kejurulatihan akan menilai semula prestasi atlet dalam masa terdekat bagi memastikan hanya yang terbaik dipilih.

“Keputusan belum dibuat. Kita akan nilai prestasi atlet terlebih dahulu sebelum dimuktamadkan,” katanya pada Kejohanan Barebow Asia 2026 di Kompleks Sukan Negara Panasonic.

Beliau berkata, skuad negara dijangka diwakili antara enam hingga lapan atlet melibatkan kategori barebow, recurve dan compound bagi lelaki serta wanita.

“Minimum tiga lelaki dan tiga wanita, manakala maksimum empat lelaki dan empat wanita, bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan,” katanya.

Menurutnya, konsistensi prestasi dan pencapaian skor menjadi kriteria utama pemilihan.

Tambah beliau, latihan pusat akan dilaksanakan sebaik sahaja senarai akhir dimuktamadkan bagi memperkukuh prestasi dan keserasian pasukan.