Noraqilah berpotensi jadi pemain bertaraf dunia

Noraqilah Maisarah (kanan) mampu jadi pemain bertaraf dunia. Foto/Bernama

KUALA LUMPUR, 30 JUN – Pemain beregu wanita muda badminton negara, Noraqilah Maisarah Ramdan dinasihatkan agar tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian semasa, sebaliknya perlu membina karakter yang lebih kental untuk bergelar pemain bertaraf dunia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Nova menegaskan kejayaan antarabangsa memerlukan disiplin latihan dan mentaliti tinggi, bukan hanya kemahiran teknikal.
  • Noraqilah diakui mempunyai potensi besar tetapi dilarang hanyut dengan pujian bagi menjaga perkembangan kerjaya.
  • Pasukan akan nilaikan Chen Tang Jie-Clarissa dalam empat kejohanan; pemain yang memburu tiket Olimpik perlu fokus pada satu acara.

Ketua Jurulatih Beregu Campuran negara, Nova Widianto menegaskan, kejayaan di pentas antarabangsa bukan sekadar bergantung kepada kemahiran teknikal, tetapi menuntut disiplin latihan dan mentaliti yang tinggi.

“Saya selalu ingatkan mereka supaya menjaga karakter dan jangan cepat berpuas hati. Prestasi di gelanggang adalah perkara paling penting,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Nova pada masa sama mengakui pemain berusia 18 tahun itu mempunyai potensi besar, namun memberi amaran agar pemain itu tidak hanyut dengan pujian yang boleh menjejaskan
perkembangan kariernya.

Sebelum ini, Noraqilah bersama gandingannya, Low Zi Yu pernah mencuri tumpuan apabila berjaya menumbangkan beregu ranking ketujuh dunia dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi pada saingan Piala Uber, April lalu.

Dalam perkembangan lain, Nova memaklumkan pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Clarissa San akan dinilai dalam empat kejohanan untuk membuktikan kemampuan mereka.

Sementara itu, skuad negara turut meletakkan sandaran kepada gandingan Jimmy Wong-Su Yin dalam misi memburu slot ke Sukan Olimpik.

Bagi memastikan kestabilan prestasi, Nova mengingatkan pemain yang menyasarkan tiket ke Olimpik agar memberi fokus sepenuhnya kepada satu acara sahaja.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.