
NEW JERSEY, 30 Jun – Sweden perlu memperagakan aksi terbaik jika mahu menumbangkan gergasi Piala Dunia, Perancis, menjelang pertembungan pusingan 32 esok.
- Graham Potter tekankan Sweden ada kualiti di semua posisi, tetapi enggan dedahkan perancangan kesebelasan utama.
- Potter tegas pemain perlu lakukan sesuatu yang luar biasa untuk melakar kejutan ke atas Perancis.
- Zlatan Ibrahimovic kata Perancis yang diketuai Kylian Mbappe hampir mustahil dikalahkan selepas tiga kemenangan berturut-turut.
- Sweden dilihat sebagai underdog selepas aksi peringkat kumpulan tidak konsisten, termasuk kemenangan dan kekalahan besar.
Perkara itu ditegaskan pengendali Sweden, Graham Potter pada Ahad, ketika skuad mudanya sedang bersiap sedia untuk menghadapi pasukan yang disifatkannya mempunyai kualiti di setiap posisi.
Bagaimanapun, bekas pengurus Chelsea dan West Ham United itu enggan mendedahkan perancangan kesebelasan utamanya dalam sidang media praperlawanan tersebut.
Sweden selesa memegang status selaku pasukan ‘underdog’ selepas mengharungi aksi peringkat kumpulan yang agak tidak konsisten; mencatatkan kemenangan besar 5-1 ke atas Tunisia sebelum dibelasah Belanda dengan keputusan sama.
Tegas Potter, anak-anak buahnya perlu melakukan sesuatu yang luar biasa untuk melakar kejutan.
Sementara itu, menurut bekas penyerang lagenda Sweden, Zlatan Ibrahimovic, Perancis yang diketuai oleh Kylian Mbappe hampir mustahil untuk dikalahkan selepas mara ke pusingan kalah mati dengan rekod bersih tiga kemenangan berturut-turut.
RTM akan menyiarkan siaran langsung pertembungan Perancis dan Sweden di Saluran TV Okey RTMKlik pada pukul 4 pagi Rabu.- REUTERS