
LINZ, 13 April– Pemain pilihan utama, Mirra Andreeva, bangkit daripada kekecewaan set pertama untuk merangkul kejuaraan kedua tahun ini selepas menewaskan wakil tuan rumah, Anastasia Potapova, dalam aksi akhir Terbuka Linz, pada Ahad (12 April).
- Andreeva, ranking ke-10 dunia, menang 1-6, 6-4, 6-3 dan raih gelaran WTA kelima.
- Kemenangan menamatkan kemarau gelaran atas tanah liat sejak 2024, persediaan untuk Terbuka Perancis bulan depan.
- Potapova buat 14 kesilapan tidak dipaksa; Andreeva lebih agresif, gunakan servis kencang untuk menang set penentuan.
Andreeva yang menduduki ranking ke-10 dunia mencatatkan kemenangan 1-6, 6-4, 6-3, sekali gus menambah koleksi gelaran kelimanya dalam jelajah WTA.
Kejayaan itu juga menamatkan kemarau kejuaraan di gelanggang tanah liat sejak 2024, sebagai persediaan menjelang kejohanan Terbuka Perancis, bulan depan.
Pada set pembukaan, Andreeva melakukan 14 kesilapan tidak dipaksa yang membolehkan Potapova mendahului 4-1 sebelum menutup set tersebut.
Bagaimanapun, bekas separuh akhir Terbuka Perancis itu tampil lebih agresif pada set kedua untuk menyamakan kedudukan menerusi pukulan servis kencang.
Potapova yang berada di ranking ke-97 dunia terus bergelut dengan kesilapan sendiri pada set penentuan, sekali gus memberi ruang kepada Andreeva yang berusia 18 tahun untuk mengesahkan kemenangan mutlak. -REUTERS