Mercedes lancar jentera W17 hadapi musim 2026

Foto AFP

LONDON, 22 Januari– Pasukan Mercedes-AMG PETRONAS Formula Satu (F1) mendedahkan imej rasmi jentera baharu mereka bagi musim 2026, Mercedes-AMG F1 W17 E PERFORMANCE, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mercedes dedah imej rasmi jentera W17 untuk musim 2026 sebagai langkah pembangunan pasukan.
  • Peraturan teknikal 2026 mengubah casis, unit kuasa dan bahan api menyebabkan W17 lebih kecil dan ringan.
  • Toto Wolff tekankan usaha berterusan pasukan Brixworth dan Brackley dalam pembangunan W17.

Musim 2026 menyaksikan pelaksanaan set peraturan teknikal baharu termasuk perubahan terhadap spesifikasi casis, unit kuasa serta penggunaan bahan api.

Mercedes memaklumkan peraturan berkenaan menyebabkan jentera mereka direka lebih kecil, lebih sempit dan lebih ringan berbanding model terdahulu.

Ketua Pasukan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-AMG PETRONAS F1, Toto Wolff berkata pendedahan imej awal W17 merupakan sebahagian daripada proses pembangunan berterusan pasukan itu.

“Pelepasan imej pertama W17 adalah langkah seterusnya dalam proses tersebut. Ia mencerminkan usaha kolektif dan berterusan pasukan kami di Brixworth dan Brackley. Kami akan terus bekerja keras dalam bulan-bulan mendatang,”katanya dalam satu kenyataan.

Pada musim 2025, Mercedes menamatkan kempen di tempat kedua keseluruhan carta pengeluar, selain meraih dua kemenangan perlumbaan masing-masing di Grand Prix Kanada dan Singapura.

Dalam kategori pemandu, George Russell menamatkan musim di kedudukan keempat manakala rakan sepasukan, Kimi Antonelli, berada di tangga ketujuh carta pemandu. -REUTERS

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan