Maraton Berlin: Sawe mahu cipta rekod baharu

Pelari Kenya, Sabastian Sawe./Foto AFP

BERLIN, 13 Mei – Pelari Kenya, Sabastian Sawe, bakal melakukan cubaan untuk memperbaharui rekod dunia miliknya pada Maraton Berlin, September depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sawe, 31 tahun, pernah mencatat sejarah sebagai lelaki pertama menamatkan maraton rasmi di bawah dua jam.
  • Sawe mengejutkan dunia dengan catatan Maraton London satu jam 59 minit 30 saat.
  • Menurutnya, dia akan mempersiapkan diri sebaik mungkin dan menyasarkan berlari sepantas yang termampu.
  • Antara 1998 dan 2022, sembilan rekod dunia lelaki tercipta di Maraton Berlin kerana keadaan muka bumi yang rata.

Sawe 31 tahun, sebelum ini mencatatkan sejarah sebagai lelaki pertama menamatkan larian maraton dalam tempoh bawah dua jam bagi kategori perlumbaan rasmi.

Penganjur Maraton Berlin dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Sawe akan mempertahankan kejuaraan di Berlin pada 27 September ini.

“Selepas kejayaan di London dan catatan bawah dua jam tersebut, saya bertekad untuk mempersiapkan diri sebaik mungkin.

“Kehadiran saya di Berlin adalah bagi menghargai penganjuran sukan hebat ini dan saya menyasarkan untuk berlari sepantas yang termampu,” kata Sawe.

Sawe mengejutkan dunia sukan baru-baru ini apabila menamatkan Maraton London dengan catatan masa satu jam, 59 minit dan 30 saat.

Sepanjang penganjuran Maraton Berlin sebanyak sembilan rekod dunia lelaki telah tercipta dalam tempoh antara 1998 hingga 2022 berikutan keadaan muka buminya yang rata.

Pada edisi 2025, Sawe merangkul gelaran juara di Berlin dengan catatan dua jam, dua minit dan 16 saat, sekali gus menjadi rekod terbaik dunia bagi tahun tersebut. – REUTERS