
KUALA LUMPUR, 19 Mei – Beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King turut melangkah ke pusingan seterusnya Kejohanan Malaysia Masters 2026 selepas menewaskan pasangan Taiwan, He Zhi Wei-Huang Jui Hsuan dalam aksi tiga set yang mendebarkan di Unifi Arena, Bukit Jalil.
- Memulakan aksi cemerlang dengan menguasai set pertama 21-19.
- Berdepan kebangkitan lawan, tunduk pada set kedua 15-21 selepas lawan memperkemaskan permainan.
- Balas agresif dan kemas di set penentuan, menang 21-1 serta mengesahkan kemaraan ke pusingan berikutnya.
Pasangan pilihan kelima kejohanan itu memulakan aksi dengan cemerlang untuk menguasai set pertama sebelum menang 21-19.
Bagaimanapun, gandingan Taiwan bangkit memperkemaskan permainan pada set kedua hingga memaksa pasangan negara tunduk 15-21 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.
Tidak mahu dikecewakan di laman sendiri, Wan Arif-Roy King kembali menemui rentak terbaik dengan aksi lebih agresif dan kemas bagi memastikan kemenangan 21-1, sekali gus mengesahkan kemaraan ke pusingan berikutnya.