Ligue 1: Lyon rampas kedudukan pendahulu

Foto AFP

PARIS, 19 Oktober – Lyon bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Nice 2-1 meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lyon mengumpul 14 mata, berkongsi kedudukan teratas Ligue 1 dengan PSG, Paris FC, Lille dan Monaco berdasarkan perbezaan jaringan.
  • Monaco tewas 0-1 kepada Lorient melalui penalti Noah Cadiou selepas Denis Zakaria menjatuhkan Dembo Sylla.
  • Paris FC menang dramatik 4-3 atas Rennes melalui penalti masa kecederaan oleh Lassine Sinayoko selepas jaringan akrobatik beliau.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan pasukan berkenaan merampas kedudukan teratas Ligue 1 selepas Monaco mengalami kekalahan pertama musim ini, awal pagi tadi.

Beraksi di laman sendiri, Lyon dikejutkan dengan jaringan penyerang Ivory Coast, Elye Wahi pada minit ke-18 sebelum Pavel Sulc menyamakan kedudukan menerusi diikuti tandukan Tanner Tessmann untuk meletakkan tuan rumah di hadapan sebelum rehat.

Bagaimanapun, usaha Lyon mempertahankan kelebihan itu menjadi lebih sukar apabila Keito Nakamura dilayangkan kad merah kira-kira 20 minit sebelum tamat perlawanan.

Nice hampir menyamakan kedudukan pada masa kecederaan menerusi Wahi, namun jaringannya dibatalkan kerana ofsaid sekali gus memastikan Lyon membawa pulang tiga mata.

Kemenangan itu menyaksikan Lyon mengumpul 14 mata, berkongsi kedudukan teratas bersama Paris Saint-Germain (PSG), Paris FC, Lille dan Monaco, dengan perbezaan jaringan memisahkan lima pasukan berkenaan.

Sementara itu, Monaco pula terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 kepada Lorient selepas jaringan penalti Noah Cadiou pada minit ke-60 menghukum pasukan pelawat.

Penalti itu diberikan selepas kapten Monaco, Denis Zakaria, menjatuhkan Dembo Sylla.

Cadiou tenang menyempurnakan sepakan berkenaan untuk menghadiahkan Lorient kemenangan.

Dalam pada itu, Paris FC turut mencatat kemenangan dramatik 4-3 ke atas Rennes menerusi penalti Lassine Sinayoko pada masa kecederaan, selepas kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan dalam aksi sengit.

Sinayoko sebelum itu mencuri tumpuan menerusi jaringan akrobatik ‘bicycle kick’ pada minit ke-76.

Namun Rennes kembali menyamakan kedudukan menerusi penalti ketiga Esteban Lepaul sebelum Paris FC memperoleh sepakan penalti penentu selepas semakan VAR.

Dalam satu lagi aksi, Marseille meraih kemenangan penting 5-2 ke atas Angers untuk menjarakkan diri daripada zon penyingkiran.

Auxerre pula menewaskan Le Havre 3-1 sekali gus memberi tekanan kepada pasukan itu yang masih lagi gagal mencatat sebarang kemenangan musim ini. – AFP.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.