Liga Juara-Juara: Arsenal sedia tundukkan Sporting CP

Foto AFP.

LONDON COLNEY, 14 April – Di sebalik prestasi tidak menentu dan krisis kecederaan, Arsenal FC tetap berkeyakinan tinggi untuk menghadapi Sporting Clube de Portugal dalam aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara pada Khamis ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Arteta tetap tidak gentar walaupun skuad tewas tiga daripada empat perlawanan terakhir.
  • Seruan Arteta: tunjukkan semangat membara dan berikan segala yang ada untuk peluang luar biasa di hadapan.
  • Fokus kem: disiplin taktikal dan keyakinan terhadap kemampuan sendiri, bukan terlalu memikirkan pendekatan lawan.
  • Eberechi Eze kembali daripada kecederaan betis, tekankan mengekalkan identiti permainan untuk capai prestasi terbaik dan kemenangan.

Pengendalinya, Mikel Arteta menegaskan, beliau langsung tidak gentar walaupun skuadnya tewas dalam tiga daripada empat perlawanan terakhir.

“Tiada rasa takut. Semangat membara. Itu yang saya mahu lihat pada pemain, pada semua orang, dan pada diri saya. Teruskan kerana peluang ini sangat luar biasa. Kita sudah di bulan April. Kita ada peluang yang hebat di depan. Hadapinya dan berikan segalanya,” katanya.

Jelasnya lagi, di kem Arsenal, tumpuan diberi kepada disiplin taktikal dan kepercayaan terhadap kemampuan sendiri, tanpa terlalu memikirkan pendekatan lawan.

Perkara itu turut disuarakan pemain sayap, Eberechi Eze, yang baru pulih daripada kecederaan betis.

“Fokus utama pasukan adalah mengekalkan identiti permainan sendiri bagi memastikan prestasi terbaik dapat dipamer untuk meraih kemenangan,” katanya.