FAM jelaskan keputusan tidak sambung kontrak 22 kakitangan

Datuk Ab Ghani Hassan/ RTM

KUALA LUMPUR, 29 Oktober –Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengulas mengenai keputusan tidak menyambung kontrak 22 kakitangannya.

RINGKASAN BERITA AI
  • FAM tekankan kakitangan terbabit kontrak tamat, bukan diberhentikan; majoriti merupakan kakitangan kontrak tidak disambung.
  • FAM adakan taklimat bersama PERKESO untuk maklumkan sokongan dan kemudahan, serta sedia surat sokongan membantu permohonan kerja.
  • FAM meterai kerjasama strategik dengan Yes dan Ryt Bank bagi memperkukuh pembangunan bola sepak serta tawaran eksklusif dan kemudahan pembayaran digital.

Tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada urusan pengurusan dalaman susulan penstrukturan semula pentadbiran badan induk itu.

Presidennya, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, ia membabitkan kakitangan yang telah tamat tempoh kontrak perkhidmatan dan bukan penamatan serta-merta seperti yang didakwa.

“Perkara itu benar, namun mereka bukan diberhentikan. Lebih 80 peratus daripada mereka merupakan kakitangan kontrak yang tidak disambung semula perkhidmatan bagi membolehkan penstrukturan pentadbiran FAM dilaksanakan.

“Perkara ini merupakan urusan pengurusan dalaman badan induk berkenaan,” katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan di ibu negara, hari ini.

Mengulas kebajikan kakitangan terlibat, Datuk Ab Ghani berkata pengurusan sumber manusia FAM telah mengadakan sesi taklimat bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi membantu mereka mendapatkan maklumat berkaitan sokongan dan kemudahan yang tersedia.

Beliau berkata FAM turut bersedia menyediakan surat sokongan bagi membantu kakitangan berkenaan memohon pekerjaan dan meneruskan kerjaya di tempat baharu.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.