China ubah stesen metro jadi hab sukan

Foto Viory

GUANGZHOU, 18 Oktober- Sebuah stesen metro di Guangzhou, China, kini dilengkapi kemudahan sukan termasuk gelanggang pickleball, tenis dan ruang kecergasan bagi memudahkan orang ramai bersenam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ruang 1,600 meter persegi di Stesen Tianhe Park diubah suai, menempatkan tujuh gelanggang pickleball dan tiga kawasan latihan tenis dengan mesin pelontar.
  • Kemudahan mula operasi percubaan sempena cuti Hari Kebangsaan, dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
  • Penduduk memuji kemudahan memudahkan golongan bekerja bersenam dalam perjalanan harian, menjimatkan masa.
  • Susulan pembukaan pusat di Stesen Pazhou Oktober 2025 yang merekod lebih 70,000 lawatan, kedua stesen catat 5,500 kunjungan sempena cuti.

Guangzhou Metro mengubah suai ruang seluas kira-kira 1,600 meter persegi di Stesen Tianhe Park untuk menyediakan tujuh gelanggang pickleball dan tiga kawasan latihan tenis yang dilengkapi mesin pelontar bola.

Kemudahan itu memulakan operasi percubaan sempena cuti Hari Kebangsaan China pada awal Oktober dan dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Penduduk tempatan, Wenjing berkata kemudahan itu memudahkan golongan bekerja melakukan aktiviti kecergasan tanpa perlu meluangkan masa mencari lokasi khusus.

“Dengan kemudahan ini, kami boleh bersenam sepanjang laluan perjalanan harian, sekali gus menjadikannya lebih mudah dan menjimatkan masa,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Ivy berkata kemudahan itu juga berpotensi mendorong lebih ramai orang termasuk kanak-kanak dan mereka yang baharu berjinak-jinak dengan aktiviti kecergasan,untuk bersukan.

Stesen Tianhe Park menghubungkan tiga laluan metro yang menyediakan akses ke kawasan perumahan dan komersial di Guangzhou.

Inisiatif itu menyusuli pembukaan pusat pickleball di Stesen Pazhou pada Oktober 2025 yang merekodkan lebih 70,000 kunjungan.

Dua gelanggang tambahan menjadikan jumlah keseluruhan 12 gelanggang, manakala sebuah pusat pingpong turut dilengkapi 20 meja.

Menurut Guangzhou Metro, kemudahan sukan di kedua-dua stesen itu merekodkan lebih 5,500 kunjungan sepanjang cuti Hari Kebangsaan China baru-baru ini. -Viory

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.