China terus ungguli kutipan pingat Sukan Asia Aichi-Nagoya

Foto REUTERS

NAGOYA, 22 September – China terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kutipan pingat Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas meraih beberapa pingat emas dalam renang dan menembak pada hari kedua saingan temasya, pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Yu Zidi, 13, rangkul emas kedua dalam 200m rampaian individu wanita dengan rekod Sukan Asia, 0.4 saat di belakang rekod dunia.
  • Dong Zhihao kongsi emas 100m kuak dada lelaki dengan Ohashi Shin, sementara Qin Haiyang hanya meraih gangsa.
  • Sheng Lihao pertahankan emas 10m senapang angin lelaki, menewaskan cabaran India dari Himanshu Dhillon dan Rudrankksh Patil.
  • China raih kedua-dua emas berpasukan menembak; pungutan kini 23 emas, 10 perak, 5 gangsa, Jepun di tempat kedua.

Perenang wanita sensai China berusia 13 tahun, Yu Zidi meraih emas keduanya selepas memenangi acara 200 meter rampaian individu wanita dengan catatan rekod Sukan Asia.

Catatan Zidi hanya 0.4 saat di belakang rekod dunia milik perenang Kanada, Summer McIntosh.

Dalam acara 100m kuak dada lelaki, wakil China Dong Zhihao berkongsi pingat emas dengan perenang tuan rumah Jepun, Ohashi Shin, manakala rakan senegaranya Qin Haiyang, sekadar meraih gangsa.

Sementara itu, penguasaan China turut terserlah dalam acara menembak di Aichi Prefecture General Shooting Gallery apabila juara Olimpik Sheng Lihao mempertahankan emas acara 10m senapang angin lelaki.

Sheng mengekalkan prestasi cemerlang untuk menewaskan cabaran sengit wakil India, Himanshu Dhillon dan Rudrankksh Patil.

China turut meraih kedua-dua pingat emas acara berpasukan dalam pertandingan menembak pada Isnin.

China kini mendahului jumlah kutipan emas dengan 23 pingat emas, 10 perak dan 5 gangsa diikuti tuan rumah Jepun dengan lapan pingat emas, 12 perak dan 12 gangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.