FIA lulus beberapa perubahan peraturan F1 musim depan

Foto REUTERS

PARIS, 22 September – Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) pada Isnin mengumumkan beberapa perubahan peraturan Formula 1 (F1), termasuk memendekkan jarak perlumbaan Grand Prix serta membatalkan beberapa cadangan perubahan terhadap kotak gear.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suruhanjaya Formula 1 FIA mengesahkan perubahan peraturan akan dilaksanakan musim depan.
  • Jarak perlumbaan dikurangkan daripada 305 km kepada 290 km, kira-kira dua hingga tiga pusingan kurang.
  • Pengurangan jarak adalah akibat keputusan terdahulu untuk mengurangkan aliran bahan api enjin.
  • Peraturan had masa tiga jam untuk perlumbaan terjejas hujan diubah bagi memastikan penonton dapat menyaksikan perlumbaan penuh.

Suruhanjaya Formula 1 FIA yang bermesyuarat mengesahkan pembaharuan itu akan dilaksanakan pada musim depan.

Antara perubahan yang dipersetujui ialah pengurangan jarak perlumbaan daripada 305 kilometer kepada 290 kilometer yang dianggarkan bersamaan pengurangan dua atau tiga pusingan bagi setiap perlumbaan.

FIA dan Formula 1 dalam kenyataan berasingan berkata pengurangan jarak itu merupakan kesan tidak dapat dielakkan susulan keputusan terdahulu untuk mengurangkan aliran bahan api dalam enjin.

Suruhanjaya itu turut membatalkan rancangan untuk mewajibkan penyeragaman kotak gear atau ‘homologation’ bagi semua kereta, bagi memberi lebih kebebasan kepada pembekal untuk membangunkan komponen berkenaan.

Selain itu, peraturan berkaitan had masa tiga jam untuk perlumbaan yang terjejas akibat gangguan hujan turut diubah.

Menurut FIA, perubahan itu bertujuan memastikan penonton mempunyai peluang terbaik untuk menyaksikan perlumbaan penuh sekiranya berlaku gangguan cuaca.

FIA turut berkata suruhanjaya berkenaan membuat beberapa perubahan terhadap peraturan sukan dan kewangan bagi musim ini, namun tidak memberikan butiran lanjut. – AFP.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.