Bundesliga: Dortmund kekal rekod tanpa kalah

Aksi pada perlawanan Borussia Dortmund dan Werder Breman/REUTERS

DORTMUND, 14 Januari – Kelab Jerman, Borussia Dortmund mengukuhkan persaingan di tangga teratas bundesliga selepas menewaskan Werder Bremen 3-0 pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dortmund terus mendominasi liga dengan kemenangan 3-0 ke atas Werder Bremen, menunjukkan konsistensi serangan dan pertahanan.
  • Gol dicetak oleh Nico Schlotterbeck, Marcel Sabitzer dan Serhou Guirassy, memperlihatkan kedalaman skuad dan impak pemain gantian.
  • Kemenangan mengekalkan momentum liga, menempatkan Dortmund di kedudukan tinggi dengan persaingan rapat terhadap pendahulu.

Kemenangan berkenaan meneruskan rekod tanpa kalah Dortmund musim ini kepada 10 perlawanan berturut-turut.

Pada perlawanan berkenaan, Dortmund terlebih dahulu membuka jaringan menerusi tandukan ketua pasukan, Nico Schlotterbeck hasil sepakan penjuru pada minit ke-11.

Werder Bremen hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-15, namun percubaan Justin Njinmah dinafikan oleh penjaga gol tuan rumah, Gregor Kobel.

FOTO REUTERS

Bersambung babak kedua, kelab Lembah Ruhr itu mendominasi permainan dan menggandakan jaringan pada minit ke-76 menerusi Marcel Sabitzer menerusi rembatan tepat dari tepi kotak penalti.

Gol ketiga hadir tujuh minit kemudian apabila pemain gantian Serhou Guirassy menolak bola dari jarak dekat untuk menamatkan perlawanan 3-0.

Kemenangan ini melonjakkan Dortmund ke 36 mata di tangga kedua ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Bayern Munich. – REUTERS