
ISKANDAR PUTERI, 16 September — Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva bersedia menyarung jersi Harimau Malaya sekiranya dipanggil bagi aksi Piala ASEAN FIFA 2026 Divisyen Satu menentang Bangladesh di Jakarta, pada 25 September ini.
- FIFA mengesahkan Bergson layak mewakili skuad kebangsaan.
- Bergson berbangga diberi peluang dan berazam memberikan prestasi terbaik jika dipanggil.
- Beliau berkata demikian selepas perlawanan Liga Juara-Juara Asia antara JDT dan Buriram United.
- Bergson beraksi di Liga Malaysia sejak 2021, suka nombor sembilan; rakan JDT Brad Tapp turut layak.
Kesediaan pemain kelahiran Brazil itu hadir selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan Bergson layak mewakili skuad kebangsaan.
Bergson berkata beliau berbangga diberi peluang mewakili Malaysia dan berazam memberikan prestasi terbaik sekiranya dipanggil menyertai Harimau Malaya.
“Saya sangat berbangga untuk mewakili Malaysia dan mahu memberikan yang terbaik untuk skuad kebangsaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit antara JDT dan Buriram United FC di Iskandar Puteri malam tadi.
Bergson yang beraksi dalam Liga Malaysia sejak 2021 turut berseloroh mengenai nombor jersi yang ingin dipakainya bersama Harimau Malaya.
Ditanya nombor pilihannya, beliau berkata: “Saya tidak tahu lagi… saya tidak kisah mana-mana nombor, tetapi saya suka nombor sembilan.”
Selain Bergson, seorang lagi pemain JDT, Brad Tapp turut disahkan FIFA layak mewakili Harimau Malaya.