Ayam tambatan PSG sah sertai AC Milan

Penyerang, Goncalo Ramos setuju sertai AC MIlan. Foto/AFP

PARIS, 30 JUN – Penyerang, Goncalo Ramos sah meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) untuk menyertai AC Milan selepas kedua-dua kelab mengesahkan perpindahan itu pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menandatangani kontrak lima tahun sehingga 30 Jun 2031.
  • Bayaran perpindahan asas €74 juta, boleh meningkat kepada €90 juta termasuk bonus; rekod pembelian termahal AC Milan.
  • Akan beraksi di bawah jurulatih baharu AC Milan, Ruben Amorim; kini bersama skuad Portugal di Piala Dunia 2026.
  • Sepanjang tiga musim di PSG: 45 gol dalam 131 penampilan, memenangi dua Liga Juara Eropah, tiga Ligue 1 dan dua Coupe de France.

Penyerang Portugal berusia 25 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun sehingga 30 Jun 2031 dalam urus niaga yang dilaporkan bernilai €74 juta (RM376 juta).

Nilai keseluruhan perpindahan boleh meningkat kepada €90 juta euro (RM458 juta) termasuk bonus, sekali gus menjadi rekod pembelian termahal dalam sejarah AC Milan.

“AC Milan mengucapkan selamat datang kepada Goncalo Ramos dan berharap dia akan berjaya bersama skuad Rossoneri,” kata kelab gergasi Itali itu dalam kenyataan.

Ramos yang kini bersama skuad Portugal pada Piala Dunia 2026 akan beraksi di bawah kendalian jurulatih baharu AC Milan, Ruben Amorim.

Sepanjang tiga musim bersama PSG, Ramos membantu kelab itu menjulang dua gelaran Liga Juara Eropah, tiga kejuaraan Ligue 1 dan dua trofi Coupe de France.

Ramos menjaringkan 45 gol dalam 131 penampilan bersama PSG sejak menyertai kelab itu dari Benfica pada 2023. AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.