AS benam Paraguay 4-1

Giov Reyna meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan semasa perlawanan bola sepak Kumpulan D Piala Dunia 2026 antara Amerika Syarikat dan Paraguay di Stadium Los Angeles / foto AFP

LOS ANGELES, 13 Jun – Amerika Syarikat (AS) membuka kempen Piala Dunia 2026 dengan penuh bergaya apabila membelasah Paraguay 4-1 dalam aksi Kumpulan D di SoFi Stadium, sekali gus mencetuskan permulaan sempurna di hadapan lebih 70,000 penyokong.

RINGKASAN BERITA AI
  • Folarin Balogun, penyerang Fulham, meledak dua gol untuk AS.
  • Tekanan berterusan tuan rumah memaksa Damian Bobadilla menjaringkan gol sendiri awal perlawanan.
  • Mauricio menjaringkan gol pada minit ke-73 untuk merapatkan kedudukan sementara bagi Paraguay.
  • Gio Reyna, pemain gantian, masuk dan menjaringkan gol lewat bagi mengukuhkan kemenangan pasukan.

Penyerang Fulham, Folarin Balogun menjadi watak utama perlawanan apabila meledak dua gol, manakala asakan berterusan tuan rumah memaksa Paraguay menghasilkan gol sendiri oleh Damian Bobadilla pada awal permainan.

Walaupun Paraguay berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-73 menerusi Mauricio, Gio Reyna yang dimasukkan sebagai pemain gantian melengkapkan kemenangan bergaya skuad kendalian Mauricio Pochettino dengan jaringan keempat pada lewat permainan.

Kapten AS, Christian Pulisic, menyifatkan kemenangan tersebut sebagai permulaan penting, namun mengingatkan rakan sepasukan agar tidak leka dengan kejayaan awal itu.

“Permulaan yang sangat baik daripada pasukan. Kami tampil dengan penuh tenaga dan ini satu persembahan yang sangat baik serta kemenangan yang memang layak.

“Ini baru permulaan perjalanan yang panjang. Kami perlu terus bekerja keras dan bersedia untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Majlis pembukaan di Los Angeles turut mencuri tumpuan dengan persembahan penyanyi pop terkenal, Katy Perry, sebelum sepak mula, disaksikan ribuan penonton termasuk selebriti Hollywood seperti Tom Cruise, Leonardo DiCaprio dan Halle Berry. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.