15,000 pengunjung meriahkan XtifJohor, Hari Sukan Negara 2026

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 15 November – Lebih 15,000 pengunjung membanjiri Stadium Tertutup Arena Larkin di sini pagi tadi bagi memeriahkan program XtifJohor dan Sambutan Hari Sukan Negara 2026 peringkat negeri Johor.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kira-kira 6,000 peserta menyertai larian santai dan kayuhan santai.
  • Program menghimpunkan masyarakat berbilang kaum, agama dan latar belakang melalui pelbagai aktiviti sukan.
  • Menampilkan sukan rakyat dan sukan teras seperti bola jaring, dam haji, catur dan tinju, serta ikon belia Johor.
  • Menggalakkan gaya hidup aktif dan memberi peluang usahawan muda memasarkan produk; majlis disempurnakan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Program yang bermula seawal 7.00 pagi itu turut menyaksikan penyertaan kira-kira 6,000 peserta dalam aktiviti larian santai (Fun Run) dan kayuhan santai (Fun Ride).

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Johor Mohd Hairi Mad Shah berkata program itu menghimpunkan masyarakat berbilang kaum, agama dan latar belakang menerusi pelbagai aktiviti sukan serta rekreasi.

Beliau berkata penganjuran itu turut mengetengahkan sukan rakyat dan sukan teras seperti bola jaring, dam haji, catur serta tinju, selain menampilkan ikon belia negeri Johor.

“Program ini menghimpunkan masyarakat berbilang kaum, agama dan latar belakang. Kita turut mengetengahkan sukan rakyat serta sukan teras, selain menampilkan ikon belia negeri Johor,” katanya.

Selain menggalakkan gaya hidup aktif, program itu turut membuka peluang kepada usahawan muda di Johor memasarkan produk masing-masing kepada pengunjung.

Majlis berkenaan disempurnakan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.