Kebakaran lori tangki di Kaherah, seorang lelaki ditahan

Foto AFP

KAHERAH, 26 November – Seorang lelaki ditahan kerana didakwa menyebabkan kebakaran besar selepas sebuah lori tangki bahan api terbalik dalam kemalangan di lebuh raya di ibu negara Mesir pada Rabu yang turut mengorbankan 31 individu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendakwa Raya Mesir mengumumkan penahanan lelaki berkenaan pada Khamis.
  • Lelaki itu mengaku memandu melebihi had laju sebelum keretanya bertembung dengan lori tangki.
  • Perlanggaran menyebabkan tayar lori tangki meletup dan kenderaan itu terbalik.
  • Petrol yang tumpah mencetuskan kebakaran pantas, menghanguskan beberapa kenderaan berhampiran.

Penahanan itu diumumkan oleh Pendakwa Raya Mesir pada Khamis.

Menurut pihak pendakwaan, lelaki berkenaan mengaku memandu melebihi had laju ketika keretanya bertembung dengan lori tangki itu, menyebabkan hilang kawalan sebelum keretanya terbabas.

Perlanggaran itu menyebabkan salah satu tayar lori tangki berkenaan meletup sehingga mengakibatkan kenderaan berat itu terbalik.

“Kebakaran tercetus apabila lori tangki berkenaan terbalik sebelum petrol yang dibawanya tumpah ke atas beberapa kenderaan berhampiran, menyebabkan kebakaran merebak dengan pantas,” menurut kenyataan itu.

Pihak pendakwaan turut memaklumkan bahawa kebocoran petrol daripada lori tangki itu mencetuskan kebakaran yang kemudian merebak dengan pantas.

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan bola api besar dan kepulan asap hitam tebal menjulang tinggi ke udara, manakala beberapa kenderaan di lokasi kejadian turut hangus terbakar. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.