MAG diperkukuh, industri penerbangan terus berdaya saing

Majlis menandatangani perjanjian pemerolehan pesawat Boeing 787 Dreamliner oleh MAG di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 25 November – Kerajaan komited mengambil langkah yang diperlukan bagi memastikan Malaysia Aviation Group (MAG) kembali menjadi pemain utama dalam industri penerbangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama strategik dengan rakan industri antarabangsa menyokong usaha pemulihan MAG.
  • MAG digesa meningkatkan daya saing, menyesuaikan diri dengan perubahan industri dan memanfaatkan peluang pertumbuhan baharu.
  • Kecekapan pengurusan dan daya tahan penting untuk menarik pelaburan ketika berdepan ketidaktentuan ekonomi global serta peningkatan kos bahan api.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan MAG penting dalam memperkukuh kedudukan industri penerbangan negara, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Menurut beliau, usaha pemulihan kumpulan itu turut disokong kerjasama strategik dengan rakan industri antarabangsa.

“Kehadiran rakan kita daripada Boeing mencerminkan keyakinan mereka serta hubungan kerjasama jangka panjang yang terjalin.

“Malaysia Aviation Group juga telah membuktikan keupayaannya untuk memenuhi komitmen, hasil daripada rekod prestasi kita selama ini,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian pemerolehan pesawat Boeing 787 Dreamliner oleh MAG di Kuala Lumpur, hari ini.

Datuk Seri Anwar turut menggesa MAG supaya terus meningkatkan daya saing, menyesuaikan diri dengan perubahan industri serta memanfaatkan peluang pertumbuhan baharu.

Beliau turut menekankan kepentingan kecekapan pengurusan dan daya tahan kumpulan itu dalam menarik pelaburan serta membuka peluang pertumbuhan, khususnya ketika berdepan ketidaktentuan ekonomi global dan peningkatan kos bahan api.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.