Peruntukan RM35 juta kurangkan risiko banjir

Pahang turut mengambil langkah proaktif menghadapi Monsun Timur Laut/Foto FB Wan Rosdy bin Wan Ismail

KUANTAN, 23 November – Peruntukan RM35 juta yang diluluskan Kerajaan Negeri Pahang kepada Jabatan Pengairan dan Saluran (JPS) di tujuh daerah bagi membolehkan pelaksanaan pelbagai projek termasuk mengurangkan risiko banjir.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kajian PISMA bagi Daerah Kuantan bermula dan dijangka mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.
  • Kajian menyediakan pelan saliran menyeluruh serta inventori rangkaian, kapasiti, pemilikan tanah dan agensi penyelenggara.
  • Hasil kajian menjadi panduan agensi berkaitan dalam merancang strategi dan pembangunan.
  • Kerja pembersihan longkang dan saliran berisiko membantu beberapa lokasi yang pernah dilanda banjir tidak lagi mengalaminya.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika memaklumkan ke pengetahuan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang berkata, peruntukan RM5 juta disalur ke setiap daerah melibatkan Kuantan, Pekan, Temerloh, Lipis, Jerantut, Raub dan Maran.

“Kerajaan negeri turut melaksanakan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) bagi Daerah Kuantan bermula hari ini yang dijangka mengambil tempoh dua tahun untuk disiapkan.

“Kajian bertujuan menyediakan pelan induk saliran yang menyeluruh dan bersepadu, termasuk pembangunan data inventori saliran bagi mengenal pasti rangkaian dan laluan saliran, kapasiti sistem, status pemilikan tanah serta agensi yang bertanggungjawab kepada penyelenggaraannya.

“Hasil kajian bakal menjadi panduan kepada agensi berkaitan untuk merancang strategi-strategi atau pembangunan yang akan dilaksana,”katanya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri turut mengambil langkah proaktif menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) menerusi kerja pembersihan longkang serta saliran yang dikenal pasti berisiko.

Inisiatif itu menunjukkan perkembangan positif dengan beberapa lokasi yang sebelum ini berisiko banjir, tidak lagi mengalami kejadian berkenaan selepas pelaksanaan kerja penyelenggaraan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.