
KUALA LUMPUR, 23 November – Peruntukan sebanyak RM2.613 bilion yang diperuntukan kepada Kementerian Komunikasi bagi tahun 2027 akan dimanfaatkan secara optimum bagi memperkukuh keterhubungan digital, memperkasa industri kreatif serta meningkatkan penyampaian maklumat yang tepat dan sahih kepada rakyat.
- Kementerian mengambil kira pandangan Ahli Parlimen berhubung infrastruktur komunikasi, keselamatan dalam talian, industri kreatif dan penyampaian maklumat kerajaan.
- Setiap peruntukan akan dibelanjakan secara berhemah dan berkesan, dengan keutamaan kepada program yang memberi impak langsung kepada rakyat.
- Peruntukan mengurus B47 meningkat 0.35 peratus, manakala peruntukan pembangunan P47 meningkat 3.83 peratus.
- Peruntukan dimanfaatkan untuk memperkukuh infrastruktur dan keterhubungan digital, memperkasa industri kreatif serta menyampaikan maklumat tepat dan sahih.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, kementerian mengambil kira pandangan, teguran dan cadangan yang dikemukakan Ahli Parlimen, khususnya berkaitan infrastruktur komunikasi, keselamatan dalam talian, industri kreatif serta penyampaian maklumat kerajaan.
Tambahnya, kementerian komited memastikan setiap peruntukan dibelanjakan secara berhemah dan berkesan, dengan memberi keutamaan kepada program yang membawa manfaat serta impak langsung kepada rakyat.
“Peruntukan mengurus B47 sebanyak RM1.136 bilion meningkat 0.35 peratus atau RM3.95 juta berbanding tahun 2025 peruntukan pembangunan P47 sebanyak RM1.477 bilion meningkat 3.83 peratus ataupun 54.49 juta berbanding tahun 2026.
“Peruntukan ini akan dimanfaatkan secara optimum bagi memperkukuh infrastruktur dan juga ke saling hubungan digital , memperkasakan industri kreatif serta meningkatkan penyampaian maklumat yang tepat dan sahih melalui perkhidmatan penerangan dan juga penyiaran yang berintegriti demi kesejahteraan rakyat,” katanya.
Teo berkata demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 bagi Maksud Bekalan dan Pembangunan 47 di Parlimen.