Hubungan dua hala Malaysia, Mesir kekal utuh, kerjasama bawa manfaat

Hubungan Malaysia, Mesir yang telah lama terjalin berteraskan tradisi keilmuan/Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Wakaf Mesir Al-‘Allamah Sheikh Dr Usama al-Sayyid al-Azhari di Putrajaya bertujuan memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam bidang pendidikan dan hal ehwal Islam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hubungan Malaysia-Mesir berteraskan tradisi keilmuan, ukhuwah dan sikap saling menghormati.
  • Kedua-dua pihak bertukar pandangan tentang hal ehwal Islam dan pendidikan pelajar Malaysia di Mesir.
  • Kerjasama pendidikan dan pembangunan ummah diharap terus menjadi jambatan ilmu yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar menyifatkan hubungan Malaysia, Mesir yang telah lama terjalin berteraskan tradisi keilmuan, ukhuwah serta sikap saling menghormati terus diperkukuh melalui kerjasama erat antara kedua-dua negara.

“Pertemuan turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal Islam serta pendidikan pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.

“Kerajaan Malaysia sentiasa memberi perhatian kepada perjalanan ilmu mereka dengan harapan agar kelak mereka kembali menyumbang kepakaran dan ilmu kepada masyarakat serta tanah air.

“Saya menghargai kerjasama erat yang terus diperkukuh antara kedua-dua negara, khususnya dalam bidang pendidikan dan pembangunan ummah,”kata menerusi hantaran itu.

Perdana Menteri turut memaklumkan dalam pertemuan itu, Sheikh Dr Usama turut menyampaikan salam persahabatan serta penghargaan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi atas sambutan mesra yang diberikan sempena lawatannya ke Malaysia pada 9 Oktober lepas.

Datuk Seri Anwar turut menzahirkan harapan agar hubungan persahabatan Malaysia-Mesir kekal utuh dan terus menjadi jambatan ilmu serta kerjasama yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.