Polis mohon bantuan kesan remaja hilang sejak 18 November

Chen Youki, 14 tahun

LENGGENG, 23 November- Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Melati, Ulu Beranang, di sini, sejak 18 November lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Chen Youki keluar bermain bola keranjang bersama rakan-rakannya kira-kira pukul 4.00 petang.
  • Kali terakhir dilihat memakai kemeja-T putih dan seluar pendek.
  • Maklumat boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-790 4222 atau balai polis berhampiran.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata Chen Youki dilaporkan keluar dari rumah kira-kira pukul 4.00 petang untuk bermain bola keranjang bersama rakan-rakannya.

“Remaja berkenaan kali terakhir dilihat memakai kemeja-T putih dan seluar pendek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata laporan polis mengenai kehilangan remaja itu diterima pada 9.46 malam, 21 November lalu selepas mangsa masih belum pulang ke rumah dan panggilan telefon daripada ahli keluarganya tidak dijawab.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Chen Youki diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-790 4222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.