Banjir Selangor: 1,729 penduduk masih di PPS

Facebook: Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kuala Selangor

SHAH ALAM, 22 November- Seramai 1,729 penduduk daripada 485 keluarga yang terjejas susulan banjir masih ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di Selangor setakat 3.00 petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kuala Selangor catat jumlah penduduk terjejas tertinggi, 1,688 orang daripada 476 keluarga di 11 PPS.
  • PPS terbanyak menempatkan ialah Sekolah Kebangsaan Dato' Maharaja Lela dengan 399 orang.
  • Sekolah Kebangsaan Parit Mahang 360 orang dan Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz 223 orang.
  • Sekolah Rendah Agama Bukit Kuching 180, Dewan Orang Ramai Bukit Kuching Tengah 135, Sekolah Agama Batu 8 Ijok 120, Sekolah Rendah Agama Pasangan 93.

Berdasarkan data portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuala Selangor merekodkan jumlah penduduk terjejas tertinggi iaitu 1,688 orang daripada 476 keluarga di 11 PPS.

PPS yang menempatkan penduduk terjejas paling ramai ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Maharaja Lela dengan 399 orang, diikuti SK Parit Mahang (360 orang).

Turut beroperasi ialah SK Sultan Abdul Aziz yang menempatkan 223 orang, Sekolah Rendah Agama (SRA) Bukit Kuching (180), Dewan Orang Ramai Bukit Kuching Tengah (135), SRA Batu 8 Ijok (120) dan SRA Pasangan (93).

Sementara itu, Gombak merekodkan 25 penduduk terjejas yang ditempatkan di SK Batu Arang, manakala Kuala Langat menempatkan 16 orang di Balai Raya Kampung Sungai Kelambu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.