
LANGKAWI, 22 November– IRONMAN Malaysia dan IRONMAN 70.3, kekal di Langkawi sehingga 2029.
- MoU antara LADA dan World Endurance Malaysia Sdn Bhd dimuktamadkan.
- IRONMAN memberi nilai tambah, memperkukuh promosi pelancongan antarabangsa dan meningkatkan penglibatan komuniti setempat.
- Sambutan: lebih 1,900 atlet dari 60 negara dan lebih 1,200 sukarelawan, menjana impak ekonomi RM27.75 juta tahun lalu.
Perkara itu dimuktamadkan menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan World Endurance Malaysia Sdn Bhd.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Datuk Seri Iskandar Mohd Kaus, IRONMAN Malaysia memberi nilai tambah kepada Langkawi, khususnya dalam memperkukuh promosi pelancongan antarabangsa dan penglibatan komuniti setempat.
“Limpahan ekonomi dari penganjuran acara ini tidak ternilai.
“Rakyat dan komuniti dapat dirasai dan kehadiran acara IRONMAN ini memang penting untuk ekonomi Langkawi,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Operasi IRONMAN Asia, Carl Smith berkata, sambutan terhadap kejohanan itu terus memberangsangkan dengan penyertaan lebih 1,900 atlet dari lebih 60 negara tahun ini.
Ini termasuk sokongan lebih 1,200 sukarelawan.
Kejohanan berkenaan turut menjana impak ekonomi sebanyak RM27.75 juta kepada pulau peranginan itu, tahun lalu.