Program Jiwa Murni santuni penduduk Long Busang

Program Jiwa Murni di Kampung Long Busang, Kapit /Foto Briged Kesembilan Infantri Malaysia

LONG BUSANG, 22 November – Menempuh perjalanan kira-kira 400 kilometer dari Sibu, Briged Kesembilan Infantri Malaysia terus membuktikan komitmen Tentera Darat Malaysia terhadap kebajikan masyarakat menerusi penganjuran Program Jiwa Murni di Kampung Long Busang, Kapit, yang berlangsung sejak Khamis hingga semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program di bawah Pelan Strategik Pertahanan Negara menawarkan pemeriksaan kesihatan serta pemeriksaan dan rawatan pergigian; mendapat sambutan menggalakkan.
  • Demonstrasi penjagaan gigi diadakan untuk meningkatkan kesedaran kebersihan diri dalam kalangan murid sejak di bangku sekolah.
  • Panglima 9 Briged turun padang tinjau infrastruktur Sekolah Kebangsaan Long Busang dan hadir Majlis Khatam Al-Quran serta penutup KAFA.

Menurut kenyataan Briged Kesembilan Infantri Malaysia, program julung kali dilaksanakan di bawah Pelan Strategik Pertahanan Negara, Kementerian Pertahanan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat, khususnya menerusi penyediaan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan serta pemeriksaan dan rawatan pergigian.

“Selain itu, demonstrasi penjagaan gigi turut diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kebersihan diri dalam kalangan murid sejak di bangku sekolah,” katanya.

Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Jafri Sulaiman turut turun padang menyantuni warga sekolah serta meninjau keadaan infrastruktur Sekolah Kebangsaan Long Busang sebagai persediaan bagi pelaksanaan Projek Jiwa Murni pada masa hadapan.

Terdahulu, beliau bersama delegasi turut menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sekolah berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.