Fiesta Rakan Muda platform perkasa potensi belia

Foto Facebook KBS

KUALA LUMPUR, 21 November –Fiesta Rakan Muda Peringkat Kebangsaan 2026 merekodkan sebanyak 34,100 penyertaan di 14 lokasi seluruh negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Platform memperkasa potensi, bakat, kreativiti dan jati diri belia melalui aktiviti interaktif, pertandingan, demonstrasi serta pameran.
  • Menampilkan 10 gaya hidup Rakan Muda seperti Rakan Aktif, Rakan Digital, Rakan Niaga dan Rakan Muzik bagi galakkan penyertaan belia.
  • Pelbagai pengisian termasuk sukan, teknologi digital dan AI, seni kreatif, pembangunan kemahiran, persembahan muzik, keusahawanan serta kesukarelawanan.

Program itu merupakan kemuncak siri Fiesta Rakan Muda di peringkat negeri yang berlangsung dari April hingga Oktober lalu, dengan penglibatan 215 rakan kerjasama.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan, program itu menjadi platform untuk memperkasa potensi, bakat, kreativiti dan jati diri golongan muda menerusi pelbagai aktiviti interaktif, pertandingan, demonstrasi serta pameran.

Ia merupakan kesinambungan usaha kementerian menjadikan Rakan Muda sebagai platform pembangunan belia yang lebih dekat dengan minat dan gaya hidup generasi masa kini.

“Menerusi fiesta itu, 10 gaya hidup Rakan Muda diketengahkan merangkumi Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan Demokrasi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Litar, Rakan Mahir, Rakan Muzik, Rakan Niaga dan Rakan Prihatin, bagi menggalakkan penyertaan belia dalam program pembangunan mengikut kecenderungan masing-masing,” menurut KBS dalam satu kenyataan.

Pelbagai pengisian turut disediakan merangkumi aktiviti sukan dan kecergasan, teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI), seni kreatif, pembangunan kemahiran, persembahan muzik, keusahawanan serta kesukarelawanan, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk terlibat secara langsung.

“Fiesta berkenaan turut mencerminkan komitmen kerajaan memperluas peluang penyertaan belia dalam program pembangunan yang selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030) dan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035,” kata kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.