Gempa bumi kuat 6.7 landa Laut Banda

Foto METMalaysia

KUALA LUMPUR, 21 November – Satu gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud dikesan berlaku di Laut Banda, Indonesia pada pukul 5.42 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • METMalaysia mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian gempa.
  • Pusat gempa dilaporkan pada koordinat 7.9 darjah Selatan, 127.6 darjah Timur.
  • Kejadian berlaku kira-kira 476 kilometer di selatan Ambon pada kedalaman 161 km.
  • Penilaian awal menunjukkan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, pusat gempa itu terletak pada koordinat 7.9 darjah Selatan dan 127.6 darjah Timur.

“Gempa itu berlaku kira-kira 476 kilometer (km) di selatan Ambon, Indonesia pada kedalaman 161 km.

“Bagaimanapun, penilaian awal mendapati kejadian gempa bumi tersebut tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia,” jelasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.