
KUALA LUMPUR, 21 November – YTL Data Centers menafikan dakwaan mengenai pusat datanya di Johor mempunyai kaitan dengan pemindahan unit pemprosesan grafik (GPU) Nvidia kepada pelanggan di China.
- YTL menafikan pusat data Johor berkaitan pemindahan GPU Nvidia ke pelanggan di China.
- Pusat data menawarkan perkhidmatan penempatan bersama kepada pelanggan global termasuk syarikat teknologi Amerika Syarikat.
- Peraturan interim Jabatan Perdagangan AS fokus pada pengimport GPU dan penyedia untuk kategori D:5, jadi peraturan itu tidak menjejaskan perkhidmatan YTL.
Menerusi kenyataan, syarikat menyifatkan laporan media yang mengaitkan dengan kontroversi Nvidia sebagai spekulatif serta tidak berasas.
Menurut YTL, pusat datanya menyediakan perkhidmatan penempatan bersama (co-location) merangkumi ruang, bekalan kuasa, sistem penyejukan dan sambungan rangkaian kepada pelanggan global termasuk syarikat teknologi berskala besar dari Amerika Syarikat (AS).
“Semua operasi berkenaan mematuhi undang-undang tempatan serta kawalan perdagangan AS,”menurut kenyataan.
Syarikat turut menegaskan peraturan interim terbaharu Jabatan Perdagangan AS berkaitan akses jarak jauh kepada semikonduktor canggih tidak menjejaskan perkhidmatan pusat datanya.
Ini kerana peraturan itu memberi tumpuan kepada pengimport GPU dan penyedia perkhidmatan pengkomputeran kepada pelanggan kategori D:5.
YTL yakin permintaan kepada infrastruktur pusat data penempatan bersama di Malaysia akan terus berkembang didorong permintaan global yang kukuh termasuk dari AS.