Lebih 14,000 penjawat awam Terengganu terima bonus pada 2027

Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

KUALA TERENGGANU, 19 November – Lebih 14,000 penjawat awam di negeri ini bakal menerima bonus bagi tahun 2027 melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan melebihi RM20.58 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kaedah dan tarikh pembayaran bonus masih belum dimuktamadkan.
  • Kaedah pelaksanaan akan diperincikan oleh Pegawai Kewangan Negeri.
  • Kerajaan negeri akan meneliti sama ada menggunakan kaedah Kerajaan Persekutuan atau pembayaran sekali gus.
  • Sebelum ini, kadar bonus negeri selaras dengan Kerajaan Persekutuan iaitu RM1,500 seorang.

Bagaimanapun, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kaedah dan tarikh pembayaran bonus berkenaan masih belum dimuktamadkan dan akan diperincikan Pegawai Kewangan Negeri.

“Kaedah pelaksanaan pembayaran bonus itu akan diteliti terlebih dahulu termasuk sama ada menggunakan kaedah pembayaran seperti dilaksanakan Kerajaan Persekutuan atau secara sekali gus.

“Perkara itu terlebih dahulu akan diperincikan Pegawai Kewangan Negeri bagi menentukan aturan pembayaran yang bersesuaian,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman di sini.

Sebelum ini, kadar pemberian bonus kepada penjawat awam negeri Terengganu adalah selaras dengan pemberian bonus oleh Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak RM1,500 seorang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.