RMK13: Johor zahir penghargaan kepada PM peruntuk RM4.86 bilion

Datuk Onn Hafiz Ghazi bergambar bersama pengerusi jawatankuasa negeri Johor selepas membentangkan Belanjawan 2027/Foto BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 19 November – Kerajaan Negeri Johor menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peruntukan RM4.68 bilion menerusi Rolling Plan 2 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bagi 2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penghargaan MB Johor kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan atas peruntukan RM4.86 bilion menerusi Rolling Plan 2 RMK-13 bagi 2027.
  • Peruntukan itu melibatkan 94 projek baharu dan 515 projek sambungan di Johor.
  • Contoh projek: naik taraf FT003 Jalan Kota Tinggi-Mersing serta projek kawalan hakisan pantai di Mukim Rimba Terjun, Pontian.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata peruntukan itu membantu dalam menjayakan aspirasi pembangunan Johor dengan lebih besar.

“Dalam menjayakan aspirasi pembangunan Johor yang lebih besar, kerjasama erat dan profesional antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan amatlah penting. Sehubungan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri serta seluruh kerajaan Persekutuan atas peruntukan sebanyak RM4.86 bilion kepada kerajaan negeri menerusi Rolling Plan 2 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bagi 2027,”katanya.

Beliau berkata secara keseluruhan, peruntukan berkenaan melibatkan 94 projek baharu dan 515 projek sambungan di negeri ini.

“Projek itu meliputi naik taraf laluan FT003 Jalan Kota Tinggi – Mersing dari Seksyen 35.5 hingga Seksyen 42 di Kota Tinggi, projek kawalan hakisan pantai di Mukim Rimba Terjun di Pontian dan lain-lain,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa pembentangan Belanjawan Johor 2027 di sini dengan peruntukan berjumlah RM3.06 bilion dan unjuran lebihan sebanyak RM2.33 juta.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.