Alcaraz ke separuh akhir Final ATP

Carlos Alcaraz/ AFP

TURIN, 19 November- Carlos Alcaraz mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Final ATP selepas pemain Amerika Syarikat, Frances Tiafoe menewaskan wakil Itali, Flavio Cobolli dalam aksi peringkat kumpulan di sini pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Alcaraz menewaskan Daniil Medvedev 6-2, 6-4.
  • Alcaraz alami sedikit masalah fizikal tetapi berpuas hati, masih mampu bermain dan bergerak seperti biasa.
  • Kini memburu gelaran sulung ATP Finals selepas menjadi naib juara musim lalu kepada Jannik Sinner.

Tiafoe mencatat kemenangan 7-6 (8/6), 6-0, sekali gus membantu Alcaraz mengesahkan slot empat terakhir selepas pemain Sepanyol itu terlebih dahulu menewaskan Daniil Medvedev 6-2, 6-4.

Alcaraz, 23, mengakui berdepan sedikit masalah fizikal ketika perlawanan, namun tetap berpuas hati dengan prestasinya.

“Sedikit masalah dari segi fizikal ketika perlawanan, tetapi saya masih mampu bermain tenis dengan baik dan bergerak seperti biasa,” katanya.

Beliau turut menjelaskan tidak mahu memaksa diri secara fizikal selepas memperoleh kelebihan satu mata pemecahan servis pada set kedua.

Juara tujuh gelaran Grand Slam, Alcaraz kini memburu gelaran sulung ATP Finals selepas muncul naib juara edisi tahun lalu kepada Jannik Sinner.

Sementara itu, Tiafoe masih berpeluang ke separuh akhir dalam penampilan sulungnya dan akan menentang Medvedev pada aksi terakhir peringkat kumpulan, Jumaat.

Medvedev juga masih berpeluang mara selepas memenangi perlawanan pembukaan menentang Cobolli.

Dalam aksi Kumpulan John McEnroe, Alexander Zverev menjadi pemain pertama mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas menewaskan Ben Shelton pada Selasa. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.