Harimau Malaya kekal ranking ke-133 dunia

Facebook: Football Association of Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 November- Skuad Harimau Malaya kekal menghuni tangga ke-133 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

RINGKASAN BERITA AI
  • Skuad kebangsaan mengumpul 1,103.07 mata selepas dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1.
  • Harimau Malaya merekodkan satu kemenangan dan satu kekalahan, tewas 0-2 kepada China.
  • Bangkit menewaskan Yemen 2-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong.
  • Kedudukan tiga pasukan teratas dunia kekal, dengan Sepanyol, Argentina dan Perancis menghuni tempat pertama hingga ketiga.

Kedudukan itu menyaksikan skuad kebangsaan mengumpul 1,103.07 mata selepas mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 baru-baru ini.

Dalam dua perlawanan berkenaan, Harimau Malaya mencatatkan satu kemenangan dan satu kekalahan apabila tewas 0-2 kepada China sebelum bangkit menewaskan Yemen 2-1.

Kedua-dua perlawanan itu berlangsung di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong, China.

Sementara itu, kedudukan tiga pasukan teratas dunia kekal tidak berubah dengan Sepanyol terus menerajui ranking FIFA selepas mengumpul 2,004.48 mata.

Argentina mengekori di tangga kedua dengan 1,966.13 mata, diikuti Perancis di tempat ketiga dengan 1,950.82 mata.

Kemas kini ranking FIFA seterusnya dijadualkan pada 18 Dis ini. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.